Galeri Photo


1-Ekspo Cheng Ho 2010,Kelantan - China International Trade Fair,21-26 November 2010 bersamaan 14-19 Zulhijjah 1431M,Stadium Muhammad Kota Bharu kelantan.Lokasi tapak booth Pak Nik no.1125 di Kelantan Pavilion.(Khemah besar)
2-Tawaran ke MAHA Enternational 2010 di Serdang,Selangor pada 25 November - 5 disember 2010 juga diterima dari FAMA pusat,Pak Nik tidak dapat menyertai diatas sebab-sebab tertentu!



Booth Pak Nik siap sedia untuk operasi jualan di hari pertama.


Dari hari pertama hingga akhir,booth Pak Nik sentiasa dikunjungi orang ramai.


Penerangan  yang kemas dan tepat tentang Madu Lebah Tualang dan Madu Gelam telah membuahkan hasil.Beginilah setiap hari...Pak Nik dengan pelanggan!


Beginilah kerenah pelanggan di booth Pak Nik yang mengajukan soalan kepada Pak Nik.


Penuh...orang ramai mengunjungi booth Pak Nik setiap masa....ALHAMDULILLAH!


Hari keempat suara mula berubah bunyi kerana terlalu banyak bercakap tentang Produk Pak Nik Dorsata namun hasil jualan lumayan dan ramai pelanggan baru yang menyakini Produk Pak Nik.


Antaranya pelanggan sedia ada yang datang mengulangi pembelian produk Pak Nik.


Tidak terkecuali,kanak-kanak juga turut merasai keenakan madu asli Tualang dan Gelam yang disediakan secara percuma.


Sarang Madu Lebah yang baru diperolehi untuk tatapan pelanggang.Ini adalah contoh sarang lebah liar madu hutan tualang yang baru dipungut.


Sarang lebah yang masih berisi madu yang belum diperah lagi.Bentuk sarang asalnya besar, telah dipotong seperti diatas untuk diisi ke dalam tong madu.


Sarang madu lebah ini baru 2 minggu dipungut.Paknik memperolehinya 3 tong sarang madu dan 17 tong madu lebah yang ditempah 2 bulan yang lalu.


Sarang ini akan dimasukkan kedalam botol bersama madu untuk pek madu + sarang.


Kelihatan buih halus dipemukaan madu bersama sarang madu lebah yang belum diperah untuk display ketika promosi Paknik Madu.


Madu lebah dalam kelongsong sarang lebah yang masih jelas kelihatan(warna gelap).


3 tong sarang madu lebah yang diterima oleh paknik bersama 17 tong madu lebah yang masih belum ditapis.


kelihatan bongkah sarang yang besar telah dipotong kecil dan dimasukkan kedalam 3 helai plastik,kemudian diisi dalam tong yang sudah dipotong permukaannya dan diikat sekeliling tong seperti diatas.Beratnya 25 hingga 30 kg satu tong.


Sijil halal Jabatan Agama Islam Kelantan yang baru diperolehi.Pengesahan bersama dengan Kementerian Kesihatan Negeri mengesahkan produk madu lebah hutan Pak Nik selamat untuk digunakan.Paknik sedang menuggu satu lagi sijil Kementerian Kesihatan dari jabatan tersebut bagi memenuhi piawaian pemakanan kesihatan Malaysia untuk kepuasan pengguna seluruh Malaysia tenteng produk madu  paknik.


Pengesahan sijil untuk produk madu lebah akan datang juga telah diiktirafkan.


Bahana madu yang baru dipungut terus dimasukkan ke dalam botol menyebabkan botol pecah.Kandungan gas Karbon Dioksida,Yis dan Ragi dalam madu yang baru terlalu aktif menyebabkan berlaku sedemikian.


Madu lebah yang diisi dalam botol terutamanya yang telah dipek kemas tidak boleh digoncang,terkena cahaya panas matahari atau terbaliknya botol boleh menyebabkan berlaku keaktifan madu secara mendadak sehingga menyebabkan botol madu pecah seperti diatas.


Penyertaan gerai paknik di Mini Maha 2010,Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu,pada 24.07.2010.


Sambutan orang ramai di awal pagi memberangsangkan.


Susun atur madu paknik yang menarik perhatian pengunjung.


Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian bersama paknik pada sebelah malam program tersebut.Bimbingan dan sokongan dari Fama Kelantan telah memberi ruang dan imej baru kepada PakNik Madu Enterprise untuk melangkah jauh.


Kunjungan kakitangan Kementerian Pertanian.


Produk madu paknik dapat meyakinkan pengguna yang berterusan mengambil madu paknik sebagai pemakanan kesihatan dan pengubatan.Pak nik bersama pelanggan tetap dari K.L.


Penerangan berkenaan madu dari Pengarah Pemasaran zon Pantai Barat Semenanjung telah memberi kepuasan kepada pengguna.


Madu Tualang pek 1kg,botol plastik.RM85.00
 
Gambar produk-produk Pak Nik yang telah keluar di pasaran.Kini terdapat 12 jenis pek produk madu lebah.6 Madu Tualang dan 6 Madu Gelam.


Pak nik bersama Pengarah Fama Negeri Kelantan.
.

Penerangan ringkas madu lebah liar,produk Pak Nik Dorsata kepada Pengarah Fama yang begitu prihatin terhadap pengusaha IAT bawah bimbingan Fama Negeri.


Both pertama keluaran Pak Nik Dorsata di K.B Mall,rezeki johan gerai,produk dan jualan terbaik.Hamper beserta sijil Johan Gerai Terbaik menjadi semangat kepada keluaran jenama baru Pak Nik Dorsata untuk terus menonjol sebagai pengeluar dan pembekal madu lebah liar yang berjenama di Malaysia.Insyaallah.....  


Pak nik melayani pelanggang.


Both Pak Nik Dorsata di K.B Mall.


Mini Ekspo IAT 2010 di K.B Mall.



Both Pak Nik dikunjungi oleh orang ramai .Pak Nik sedang berurusan dengan  pelanggan yang ingin membeli madu.



Pelanggang Pak Nik  yang ingin mencuba Madu Tualang.






Madu Tualang dan Madu Gelam beserta sarang diberi rasa dengan percuma di both Pak Nik.  Karnival Mini IAT sangat berbaloi kerana jualan Pak Nik sepanjang karnival  tersebut melepasi sasaran jualan.




Inilah tong stanlesteel tempat stok madu lebah setelah ditapis 3 penapis yang disimpan sebelum diisi ke dalam botol. Meja dan dinding stanlesteel kilat digunakan untuk memenuhi syarat Kementerian Kesihatan.


Madu yang telah siap diisi ditutup dengan tudung gabus.


Tong yang macam inilah yang Pak Nik bekalkan kepada pelanggan Pak Nik yang menggunakan madu dalam kuntiti yang banyak,1 tong 40kg sahaja.


Madu dalam tong inilah yang ditapis dan disimpan dalam tong stanlesteel,biasanya simpanan sentiasa bertukar tong,1 minggu 4 hingga 6 tong digunakan untuk ditapis bergantung atas permintaan pelanggan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan